FAMILY FIRST ALWAYS

Thursday, July 05, 2007

Ini rumah pesaka kita
Rumah pesaka untuk semua
Rumah pesaka tinggallan datuk moyang kita
Buat pengikat kasih antara semua
Indahnya rumah pesaka kita
Lambang suka duka dua saudara
Dua rumah menjadi satu
Untuk kita bersatu padu
Rumah pesaka kita indah di mata
Rumah pesaka kita berjiwa besar

Rehat & Rawat.


R & R Sungai Siput.

Wednesday, July 04, 2007

Asal usul nama Kampung Sungai Siput, Melaka

Kerana Sebatang Curut , Wujudnya Kg. Sg. Siput, Melaka
Semuanya terjadi kira – kira 60 tahun dahulu diantara Aling (tauke getah) dan Tok Lela (penduduk kampung). Tok Lela penggemar curut. Untuk mendapatkan bekalan sebatang curut beliau terpaksa mengharungi sungai yang dalamnya separas dada (sebelum terbinanya jambatan).
Pada suatu hari beliau mengkehendakkan curut dan terpaksa mengharungi sungai. Apabila tiba ditebing dan naik ke atas Tok Lela mendapati banyak siput Kalimurai melekat diseluar dan bajunya. Tok Lela mencampakkan kembali ke dalam sungai.
Pada masa itu, tiada seorang pun tahu nama asal usul kampung tersebut. Tok Lela bertanya kepada Aling , “Lu tahu tak apa nama tempat kita tinggal ini?”"Tak tahu," jawab Aling. "Kalau begitu wa taruk nama tempat ini Sungai Siput kerana terdapat banyaknya siput di dalam sungai ini".Sejak hari itu, lekatlah nama kampung itu Sungai Siput sehingga ke hari ini.

Sejarah Masjid Kg Sungai Siput, Melaka
Pada awal tahun 1955 Masjid Kg. Sungai Siput telah dibina di Solok Serban Hijau. Kawasannya seluas 1/4 ekar kaki persegi. Pada masa itu,penduduk-penduduk di kampung itu tidak ramai yang pergi ke Masjid di Solok Serban Hijau kerana tempatnya yang begitu jauh dari rumah penduduk. Oleh sebab itu, penduduk kampung ingin membina masjid baru di kawasan yang baru dan senang dikunjungi.
Pada tahun 1968, masjid yang baru telah dibina dimana kawasannya bersebelahan dengan sungai sempena dengan nama kampung Sungai Siput.Tanah untuk pembinaan masjid ini telah di wakaf oleh seorang anak watan kampung ini.Pada permulaannya,masjid ini telah dibina dengan menggunakan enam belas (16) tiang dan berdindingkan papan.
Tahun demi tahun, usaha untuk membesarkan masjid untuk menampung penduduk yang kian bertambah telah pun dilaksanakan.Di atas sumbangan penduduk kampung dan kerajaan maka masjid ini telah dapat dibesarkan dan siap pada tahun 1976.Pada pertengahan tahun 1976,masjid ini telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka iaitu Yang Berhormat Abdul Ghani bin Ali.
Wassalam


http://www.al-azim.com/~sgsiput/sejarah.htm
















Tuesday, July 03, 2007

SEPI YO Blog nih..

Assalamualaikum wr wb..

kita nya blog sepi sangat lah.. http://solokserbanhijau.blogspot.com/
alin try to edit pun cam tak menjadi jer.

Cadangan nak kumpul info dulu :
mungkin boleh letak gambar :-
1. rumah kampung / kuii / kolam ikan / kobau nenek
2. Gambar individual atau gambar famili / gambar rayo
3. Event : - Birthday / Anniversary
4. nasihat or tips
5.
6.

boleh sesapa boleh ajar tak?

terimakasih.

Buat kesekian kalinyer

Pueh menghempeh puleh .. dpt gak update bende nih..